Monday, September 10, 2018

RAHSIA CERMIN AJAIB

RCA ni kita berdiri depan cermin dan cakap benda2 positif atau apa doa yang kita nak depan cermin. Biasa wana buat waktu pagi sebelum pergi kerja.

Andd. Dia punya result hari tu sangattt baik untuk diri sendiri. 😘

Cakap depan cermin sorang-sorang seolah-olah menda tu dah jadi or berlaku. 

Macam mana nak jadikan RCA tu berjaya;

1. Puji diri sendiri 

contoh " Saya adalah seorang pengedar Shaklee yang berjaya dan dapat bantu ramai orang"

Selain tu korang boleh gak sebut benda-benda lain contohnya:

Aku hebat

Aku adalah seorang ibu yang tenang

Aku adalah seorang ibu yang penyabar

Aku adalah seorang isteri yang baik dan hebat seperti yang suami impikan

Aku adalah seorang anak yang hebat dan menjadi saham dunia akhirat untuk mak abah

Aku adalah seorang wanita yang menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan menyenangkan semua orang

2. Sebut impian kita

Cara sebut tu mesti past tense seolah2 kita dah pun capai apa yang kita nak😊😊

Contoh

Alhamdulillah hari ni saya dapat sale RM1000. Alhamdulillah saya dapat customer yang baik dan senang berurusan.

Mesti sebut dengan confident dan seperti dah pun kita dapat apa yang kita sebut tu. Sebut sekali dengan ekspresi muka yang gembira dan bayangkan macam mana reaksi kita dapat sale tu. Macam tu la kita tunjukkan ekspresi muka kita masa cakap depan cermin.

3. Doa.

Doa baca depan cermin.

Contohnya; "Ya Allah, bukakanlah hati kawan2 ku, keluarga ku, kawan2 fb ku, kawan2 ig ku untuk membeli shaklee dengan ku. Dan menjadi ahli dgn ku.  Dan bukakan lah hati mereka untuk menjadi biz partner dengan ku. 

Ya Allah, bukakanlah hati suamiku untuk support 500% untuk aku buat bisnes dengan lebih gembira. (contoh doa ye)

Masa yang paling bagus untuk buat Self Affirmation pulak ialah sebelum kita tidur. 

Sbb waktu sebelum kita tidur adalah waktu minda kita dibawah sedar. Maksudnya waktu minda kita tengah mamai.

Diri kita sebenarnya lebih banyak bertindak mengikut minda bawah sedar kita berbanding minda sedar kita. Sooo cuba korang try buat sebelum korang tidur. Tengok apa jadi perubahan pada diri korang kay!

Nak join team kami untuk menjana side income or jana income dari rumah?

Hubungi Wana jika anda berminat nak sertai team kami.




SYAZWANA SULAIMAN
WANA SULAIMAN
 sms/whatsApp: 019-9939110
www.wasap.my/60199939110
 Emel : syazwana.sulaiman@gmail.com
 Fb: https://www.facebook.com/WanaSulaimanShakleeDungun

 Ig: https://www.instagram.com/wanasulaiman  
Continue Reading

ATASI MASALAH KOLESTROL DAN TINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG

Menurut Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada 2011, didapati satu dalam setiap tiga rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
Tahap kolesterol yang tinggi ini boleh meningkat­kan risiko terhadap serangan penyakit jantung dan strok. Amalan gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam boleh me­ngurangkan risiko serangan penyakit itu.
Jom tingkatkan kesihatan jantung melalui beberapa perubahan ke atas gaya hidup, antaranya senaman, pemeriksaan kolesterol berkala, diet seimbang serta pengambilan OMEGA GUARD bagi me­ngurangkan kolesterol secara berkesan.
Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring,anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkain spektrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA & banyak lagi. Satu sajian Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg EPA & DHA.



Shaklee mengeluarkan minyak ikan melalui proses yang dikenali sebagai Penyulingan Propietari Tiga Molekul' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan. 

Kebaikan Omega Guard Shaklee untuk kesihatan jantung:

1. Mengurangkankan kolesterol
2. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
3. Mengurangkan tekanan darah


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya PENGEDAR SHAKLEE AKTIF DUNGUN:

SYAZWANA SULAIMAN
WANA SULAIMAN
 sms/whatsApp: 019-9939110
www.wasap.my/60199939110
 Emel : syazwana.sulaiman@gmail.com
 Fb: https://www.facebook.com/WanaSulaimanShakleeDungun
 Ig: https://www.instagram.com/wanasulaiman  
Continue Reading

Saturday, February 3, 2018

PERAM CERITA.

FOBIA.

MASIH FOBIA.

TITIK.

Dah lama dah rasa peram cerita ni rasa dah dekat SETAHUN nak cerita tapi tak tercerita2.

Masa ami lahirkan anak yang kedua. Memang macam2 dugaan Tuhan uji sedikit dengan masalah kesihatan. Tapi ami anggap tu semua ujian awal dan tau Allah akan bagi lebih baik lepas dari tu.

Masa tau ami pregnant, ye ami ngan bangtah tak rancang, kalau ada kami terima dengan hati yang terbuka. Kami dapat tau pun sbb mcm biasa perempuan datang lewat uzur tu kan. 

Okay, awal pregnancy okay semua. Comel cung melecung takde masalah. Buku pink pun sticker putih kat depan baikkk punyaaa. Hahaha. Masa tau pregnant pun dah start awal2 beli pregnancy set by shaklee dengan Master Nad. Masa tu mmg tak jd ahli lagi bwh dia. Start dgn B-complex, Vitalea, Ostematrix & Vitamin C. Esp masa mengandung tak dapat nak telan dik non oiiii. Sekang je mmg feveret. Anak pertama mmg dah setia dgn set shaklee masa mengandung, sbb HB n air kencing semua comel masa consume tak de masalah. Air ketuban pun cantik and anak pun takde kuning yg sulung. Eh dah masuk cerita anak pertama apekeherrr.

Ok masuk bulan ke 5 mengandung, masa checkup ngan doc kat KK Alor tembesu masa tu. Doc ada dengar jantung ami ada bunyi murmurs. Doktor pun terus suruh ami buat echo sama ada dekat HSNZ or Hospital kemaman. Then dia dah set-up kan appoinment echo dekat HSNZ. So ami tunggu la KK call bagitau date bila nak kene pegi. Tungu punya tunggu dekat sebulan lebih takde pun call so ami buat dekkk je lah. He he sbb ingtkan dia dah lupa.

Tapi masuk bulan ke 6 tu pegi cek-up sekali lg doc teringat balik. Dia pun buat appoinment balik dengan Hospital kemaman plk utk echo. So yg ni terus dapat date n ami pun pegi la dengan Bangtah.

Dah sampai tu terus masuk bilik n terus dapat buat echo. Tak tunggu lama pun sbb xde org. Dah lepas cek semua HO yg cek tu ckp ami ada jantung berlubang. Masa tu rasa gelap sekejap mata sbb tak percaya.

Tanya HO sekali lagi betul ke. Sejak bila saya ada jantung berlubang ni? Macam-macam persoalan dah timbul sebab takkan la masa anak pertama tak boleh nak detect kan. macam pelik la pulak. HO kata takpe jangan fikir sangat. Nanti sebulan selepas beranak kene buat Echo balik. OK. Masa ni ami dah sedikit redho. 😭

Bila dah ada rekod ada penyakit jantung berlubang dalam buku pink, hah masa tu apa lagi. Lunyai buku pink tu jadinya sebab terlampau dititik berat kan my kes oleh nurse-nurse yang baik hati di KK itu.

Sampai selsema batuk pun kene tahan wad sbb jadi lelah and kene monitor kaw2 waktu mengandung ni. Hahaha. Sabar je la wana oi! Demi anak dalam perut ku turutkan jua (sbb mmg susah nak bernafas pun time tu, tak cukup oksigen)

*cukup bulan nak beranak masa tu*

Memang takde rasa sakit nak beranak lagi, tapi masa cek kat KD tu cek2 perut kedudukan baby mcm pelik. Nurse kata mcm twin je ni sbb rasa kepala ada belah kanan perut.

Hmm.

Dah tak sedap rasa hati ini.

Pegi klinik Ulul Albab malam tu, Doc cek dia kata takde apalah normal je. Kepala baby dah kat bawah dah ni.

Esoknya, rasa ada sakit contraction tu, tapi mari jarang2. Terus pi ke Hospital Dungun sbb nurse ckp kalau kes awak ni sakit je terus ke hospital sbb takut jadi apa2 dekat awak. Nanti awak akan terus ke HSNZ naik ambulans.

Hah?

Naik ambulans?? Biar betul.

Bila dah sampai Hospital Dungun tu kene admit semalam pasal kene monitor. Esoknya terus ke HSNZ naik ambulans sungguh. πŸ˜…

Padahal takde la emergency nya ka situh. Tapi turutkan aje lah.

Naik ambulans tu pulak taknak rasa ko naik roller coaster pulakkan. Daripada tak rasa nak beranak sampai hospital rasa nak terberanak pulak. (hehe takdelah). Dalam ambulans, nurse mmg kene cek jantung baby kat perut guna alat tu (mmg procedure). Tapi nak cari bunyi jantung tu mak aih, seksa jiwa raga sbb mmg haru kalau baring sbb goyang dalam ambulans tu mmg tak hengatttt. Sampai sakit badan2.

Bila doc dah cek condition ami masa tu, mmg kene tahan ward lah kiranya sebab nak monitor baby dalam perut. Rupanya kedudukan baby tu 'unstable lie'. Maksud 'unstable lie position' tu adalah kedudukan baby dalam perut kita ni sentiasa berubah-ubah. tak duduk tetap. sbb tu nurse KD rasa sekejap kepala kat bawah, sekejap kepala naik ke atas belah kanan.

Dah bila position baby mcm ni n ada rekod jantung berlubang pulak tu kau rasaaa tak kene tahan wad lagi mcm ni?? Hahaha. Memang la kene. Nak dekat seminggu kene tahan. Boring takyah cakap lah. Tapi hati mesti kene mau redho. Semuanya dah ketentuan Tuhan nak tengok kita boleh hadapi tak ujian ni.

OK panjang sangat ni, nanti boring korang baca pulak. Nanti sambung episod kedua.

Stay tuned!

Babai! πŸ’‹

Ami anak dua. ✌
Continue Reading

Monday, September 4, 2017

HILANG BERAT BADAN DAN SLIM.

Topik hot sebab semua nak cantik. Kan?
Jaga berat badan bukan utk cantik je. Tp untuk sihat dan senang nak beribadah. Baru Allah tolong. Niat kene betul.

Confident level kita akan jadi low dan kita akan mudah mendapat penyakit. Malas nak gerak, jalan sikit je dah penat semua mende akan jadi malas. 

Kenapa susah nak diet? Tak org lain ami pun. Pantang. Pantang tgk mkanan. πŸ˜†
Mindset kena betul bila nak turunkan badan ni sebenarnya.

Disiplin diri kene ada.
Determination (jangan hangat-hangat tahi ayam je okeh!)

Tips penting nak kurus:
- 3 liter air setiap hari (yg ni ami mampu 2 liter je sehari. πŸ˜…)
- Jangan skip waktu makan.
- Kene plan apa yg kita kene makan kita (pikir menu siap2)
- Jangan cari pasal. (Jangan tergoda dgn kawan2 yg ajak makan best-best lunch hour tu πŸ™Š) yang ni boleh kot sbb lunch jarang keluar sbb dah breakfast.

Vitamin untuk turunkan berat badan

Cinch + Omega Guard + Herb-lax sangat sesuai untuk sesiapa yg tgh berdiet.

1). Cinch shake - bantu turunkan berat badan/beri rase kenyang

2). Omega Guard - bantu bakar kalori/tingkatkan metabolisme tubuh

3). Herb Lax - bantu buang isi usus/lawas


Apa beza kalau kita apa supplement kurus dengan tak ambil?

Kalau kita tak ambil - jangkamasa yg lama utk berkesan.
Kalau kita ambil supplement- kesan lebih efficient!

Dan yang paling penting sekali!

JANGAN LUPA BERSENAM. Keluarkan peluh tu. 10min pun takpe. Kat umah pun takpe kalau malas nak keluar sgt. Tapi kalau keluar boleh sedut angin2 segar.

Tak gitewwww. πŸƒ‍♀️

Nanti ami share menu diet pulak. Korang boleh follow kalau nak diet.

Jangan lupa whatsapp kalau nak order. 0199939110
Continue Reading

Sharing bisnes session with uolls!

TIPS FOLLOW UP CUSTOMER

by Master Farihah dalam kelas #maestroelite3

Master farihah yang sangat rendah diri dan salah seorg master yg berjaya. Banyak pengalaman susah senang beliau kongsi dlm kelas. Tp beliau tak pernah putus asa.

Antara tips yang beliau guna :-

FREEGIFT - Jangan kedekut nak bg freegift pada customer okeh. (Baik. Ami will follow)

NOTIFY CUSTOMER - Bila pos barang customer boleh terus inform tentang status barang diaorang (Bagi gambar)

UPDATE - update dengan customer tentang status barang dah sampai atau belum.

FREKUENSI FOLLOW UP - Tak perlu follow up setiap hari. Rancang jenis2 follow up bergantung kepada situasi.

BONDING - Bina hubungan yang baik dengan customer. Boleh anggap customer sebagai kawan. Ami suka share tips2 dgn customer. Contoh bf tips.

DATABASE CUSTOMER - Save database customer. Kita mesti kenal customer kita untuk boleh kita update apa2 info akan dtg.

SENTUH EMOSI - Share apa2 cara atau tips dgn customer. Contoh ami, ami suka share cara penyusuan yg betul berpandukan apa yg ami belajar dari pakar laktasi. (Depends pd skop kes customer)

HARGAI CUSTOMER - Bagi apa2 wishes or gift or kad depends pada situasi pada masa tu. Jangan takut rugi. InsyaAllah, Allah akan gandakan lagi sedikit pemberian kita itu dgn yg lebih bnyk lagi.

Ami share tips ni untuk di apply kan pada semua jenis bisnes. Boleh diguna pakai pada semua kawan2 ami yg berbisnes okay!

Happy sharing!

Terus berdesup whatsapp ami untuk pertanyaan lanjut mengenai set shaklee. 0199939110 
Continue Reading

Sunday, September 3, 2017

PART II SAMBUNGAN POST PENYUSUAN.

(Situasi bila dah balik rumah. DALAM PANTANG)

1. Bengkak susu. Sesiapa lps lahir anak awal2 tak sah kalau x bengkak susu. Umar dgn Uthman ami mengalaminya. Masa ni la kene tukang urut yg betul2 pandai. In my case, tukang urut dalam pantang ami pakej. Mmg pandai mengurut cik b masa bengkak susu. Tukang urut ami dlm pantang Pn Mia Elsa fb dia. Ami panggil kak mia. Alhamdulillah slps tu ok.

2. Lepas tu Ami follow sebagaimana notes Pn Noorfazila.

3. Menyusukan baby setiap 1 or 2 jam. Kalau dia tido kacau dia slow2 biar dia jaga utk menyusu.

4. Kalau baby korang mcm Uthman jenis tido pastu sua pun x menghisap. πŸ˜… ami amik pam n pam sbb nak bg ransangan. Masa dalam pantang ami takde istilah 'beauty sleep'. Ami tak amik peluang baby tido mlm tu ami pun tido sekali. Kalau cik b rasa penuh je, ami amik pam dan akan pam. Sbb ami kejut uthman pun uthman sua pun tak menghisap. πŸ˜‚


5. Awal2 mmg dapat 1oz- 2oz. Ikut keperluan baby.

6. Dalam pantang seelok2 nya bg yang fresh. Terus direct. Tp ami ada selit2 jgk pam sbb depends pada situasi. Setiap anak situasinya berbeza2.

7. Disebabkan ami adalah ibu yg bekerja, ami kenalkan Uthman dgn susu botol. Tp ami start sebulan selepas lahir. Ami try sekali dua kali sebulan sbb nak bg dia kenal botol. Selebihnya direct.

8. Yang ni penting utk ibu bekerja. Utk kedua2 anak ami, ami tak ajar anak2 ami menyusu sambil baring. Walaupun malam waktu tido. Sebab? Bila kita dah biasa bg secara baring. N nak tidokan anak2 pun dgn cara 'ngempeng', kalau ami kene outstation ke nnt anak2 susah nak bg tido sbb nak ngempeng baru boleh tido. Kesian kat sesiapa yg jaga anak kt nnt. Ada jugak org tny. Tak penat ke bangun dari tido n bg secara duduk. Ami akan jawab mmg la ngantuk n penat. Tp ami paksa diri utk supaya tak akan jd HABIT mende ni utk anak2. Alhamdulillah utk umar dan uthman tido boleh tido mcm biasa secara tepuk atau buai. Tp kene bagi kenyang dulu perut dieorg.

9. Jadual pam ami waktu pantang (jadual ni ami belajar dari kaunselor laktasi cikgu noorfazila jgk. Tp kene tgk situasi dan rutin baby kita)

4-5.30pg (tgk mata bgn pukul bape. Time ni mmg ami pam sbb kalau x, tak boleh tido la bengkak.
10pg (waktu pg depends pada kadar kehisapan baby. Sbb Uthman suka tido. So ami pam la selit2 tu.
4-5ptg (depends jgk. Mcm pukul 10 td.
10-11pg (sebelum tido kene kosongkn cik b ye kwn2)

10. Waktu dalam pantang ami tak ponteng vitamin shaklee ami. (Sbb tu ami rasa amat2 berbeza dari previous)😊



Bila dah masuk kerja, ami teruskan jadual pumping mcm biasa. Sekurang2nya 2x pam waktu kerja. Selit lah masa mcm mana pun.

Sbb ami learn lesson. Time umar dulu bagi alasan bz sampai takde masa nak pump sampai susu drop n ami x berusaha pun utk baiki balik. Lepas tu menyesal sorang2. πŸ˜”

So utk korang yang betul2 niat nak susukan anak 2 tahun. Jangan malas n bg mcm2 alasan. Kerja ke tak kerja ke. Jadual pumping kene follow. Kalau tak nangis la tepi bucu katil sorg2. πŸ˜†

Tips paling berkesan ami. Kalau nak bnyk LDR, ami buka fb mentor Noorfazila binti Abdul Rahman, baca post2 dia n cter kat member kalau ada geng tgh pump. Lps tu borak2 pasal anak. Sure banyak LDR dalam tempoh 30minit pump.

Lepas tu, pumping paling kurang pun 4 jam sekali utk jaga kualiti dan kepekatan susu. Kalau pump masa tgh bengkak, susu akan jadi cair dan tak pekat.

Cuba lah kalau nak tau jadi ke tak. πŸ˜˜


*LDR=let down reflex.

Good luck kawan2 ami yang tak pernah give up! ❤️

Jom korang join milkbooster ami, beli basic set penyusuan ami bagi free breast pump silikon utk korang! Siapa cepat dia dapat okay! Ada 3 je. Whatsapp ami 0199939110.




Continue Reading