Sunday, September 3, 2017

POST PENYUSUAN PART I

Selamat pagi semua!
Kali ni ami baru berpeluang nak share pengalaman ami mcm mana ami amal cara penyusuan. Memandangkan request dari ibu2 dan bakal ibu2 yg pm ami selepas dr pos ami mencari anak susuan sblm ni.
Sebelum ni untuk umar, ami menyusu badan jugak. Tp lepas untuk 6 bln pertama (syukur lepas exclusive bf) dan lps tu susu drop n ami tak usaha dgn bnyk alasan ami. (Sila jgn tiru)
Untuk anak kedua ni. Uthman. Ami tak nak jd mcm yang lepas. Ami menyesal. So ami guna peluang FB. Ami follow mana2 pakar laktasi yang mengajar dlm fb. Ada 2 jenis cikgu ye. Satu yang free mengajar online. Satu yang berbayar which means beli ebook. Boleh je nak follow mana satu. Tp ami terkesan sgt2 slps follow Puan Noorfazila binti Abdul Rahman. Korang boleh start follow skrg. 😊
Beliau sangat menekankan untuk berfikiran positive walau apa jua situasi. Dan yang paling utama, beliau suruh kita bersyukur kepada Yang memberi rezeki walaupun 1oz dapat.
Ok. Untuk kes ami sendiri. Ami bukan pam2 terus dapat 10-14oz sekali pam. Awal2 tu susu adalah pengikut keperluan saiz perut bayi. Paham kan?

PREPARATION ami sebelum baby keluar.

1. Ami dah set in mind. Allah jadikan setiap susu ibu cukup untuk bayi mereka. Kalau tak, takkan disebut dalam Al Quran mengenai penyusuan. Jadi susu ami mmg cukup utk anak2 ami.

2. Ami standby pam. Beli pam mengikut budget masing2. Skrg mcm2 dah jenis pam dijual di pasaran dan murah2. Rm35 pun ada. So xde alasan ye. Ami beli yang pakej terus. Pam, botol simpanan, cooler bag, dan plastic storage. Bg yg tak berkemampuan, kalau x cukup budget, korang boleh start beli sebulan 1 brg. Supaya x rasa terbeban. Jgn mengeluh awal budget keluar bnyk ke apa sbb awal2 je kene invest utk susu ibu. Kalau fm every month kene invest. Yang mana nak?

3. Ami prepare supplement siap2. 2nd pregnancy ni ami mmg tak ponteng amik supplement mcm yg 1st sbb ami mmg jaga betul2 atas faktor2 kesihatan ami sendiri. Ami mmg consume shaklee dr awal sbb tau kebaikan dia dr awal. (Masa ni ami pengguna ye. Xde jual apa2)

4. Masa di hospital, kalau tgh sakit ke or kene tahan wad sbb tak sakit ke. Mind set ami n ami ckp dgn diri sendiri. Walaupun ami tau masa tu ami 50-50 boleh lahir secara normal or czer. Buang jauh2 siapa yg kata czer tu xde susu. Ami sokmo kata susu ami ada dan cukup untuk baby. Kene ckp bnyk kali sbb kata2 itu satu doa.

BILA BABY DAH SELAMAT DILAHIRKAN.
(Situasi hospital)

1. In my case, ami czer full bius. So kene relax n tido selama 6 jam. So procedur hospital dia dptkan permission suami utk bg baby fm sepanjang tempoh 6 jam tu. (Ami kena redha yg ni). Plus Uthman kene tahan skjp sbb nafas laju. Tp alhamdulillah dlm pukul 1pg mcm tu Uthman dah boleh keluar n terus bg kat ami. Ami masa tu dlm keadaan lalok sbb penangan morfin, ami tetap gagahkan diri untuk susukan Uthman.

2. Ami sua je susu ke Uthman walaupun ami rasa perut ami berat. Tp kene bantuan nurse utk angkat baby sbb ami x mampu nak bangun. Ami menyusu secara baring. Alhamdulillah Uthman minum. Ok ni lagi satu. Lumrah sifat bayi keluar je mulut dia akan mencari sesuatu utk dia menghisap. Tp dia x kenal lg. Masa ni la kita nak kenalkan cik b pada baby slow2. So jgn la kata baby xnak terima la xnak hisap la. (Kecuali baby ada masalah pernafasan mmg dia reject). Tp in Uthman case alhamdulillah dia terima dgn baik. Sama juga masa Umar dulu. Allah permudahkan. Mungkin sbb kita dah set in mind. Allah ada dan Allah akan permudahkan.

3. Masa tu walaupun ami tak tau keluar ke tak susu (perasaan tu tetap ada) tp ami buat2 yakin ada dan ami sua je. Tengok Uthman baik je menghisap Alhamdulillah. Biar Uthman dapat Kolestrum utk antibodi dia.

4. Masa ni mmg takut sbb luka czer. Tp dlm hati ami. Ami doa, semoga Allah sembuhkan luka ku sbb aku berusaha utk kenyangkan anakku dgn susuku sendiri. (Fikiran positif dan tenang ni penting ye kwn2 sbb bila kita stress susu taknak keluar. Ingat tu!)

Panjang sgt dah ni. Nanti ami sambung situasi selepas blk rumah pulak ye. Nak bg Umar makan jap. (Transfomers yg sentiasa lapar)

SEBELUM TU.....

Siapa-siapa nak grab set hamil, set berpantang dan set penyusuan ami ada bagi free gift. Uolls nak tau free gift apa. Haaaa.. BREAST PUMP DOUBLE by REAL BUBEE! 

So kalau korang xde lagi breast pump tu ha cepat2 PM ami utk beli set shaklee. Whatsapp 0199939110.



Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment