Saturday, February 3, 2018

PERAM CERITA.

FOBIA.

MASIH FOBIA.

TITIK.

Dah lama dah rasa peram cerita ni rasa dah dekat SETAHUN nak cerita tapi tak tercerita2.

Masa ami lahirkan anak yang kedua. Memang macam2 dugaan Tuhan uji sedikit dengan masalah kesihatan. Tapi ami anggap tu semua ujian awal dan tau Allah akan bagi lebih baik lepas dari tu.

Masa tau ami pregnant, ye ami ngan bangtah tak rancang, kalau ada kami terima dengan hati yang terbuka. Kami dapat tau pun sbb mcm biasa perempuan datang lewat uzur tu kan. 

Okay, awal pregnancy okay semua. Comel cung melecung takde masalah. Buku pink pun sticker putih kat depan baikkk punyaaa. Hahaha. Masa tau pregnant pun dah start awal2 beli pregnancy set by shaklee dengan Master Nad. Masa tu mmg tak jd ahli lagi bwh dia. Start dgn B-complex, Vitalea, Ostematrix & Vitamin C. Esp masa mengandung tak dapat nak telan dik non oiiii. Sekang je mmg feveret. Anak pertama mmg dah setia dgn set shaklee masa mengandung, sbb HB n air kencing semua comel masa consume tak de masalah. Air ketuban pun cantik and anak pun takde kuning yg sulung. Eh dah masuk cerita anak pertama apekeherrr.

Ok masuk bulan ke 5 mengandung, masa checkup ngan doc kat KK Alor tembesu masa tu. Doc ada dengar jantung ami ada bunyi murmurs. Doktor pun terus suruh ami buat echo sama ada dekat HSNZ or Hospital kemaman. Then dia dah set-up kan appoinment echo dekat HSNZ. So ami tunggu la KK call bagitau date bila nak kene pegi. Tungu punya tunggu dekat sebulan lebih takde pun call so ami buat dekkk je lah. He he sbb ingtkan dia dah lupa.

Tapi masuk bulan ke 6 tu pegi cek-up sekali lg doc teringat balik. Dia pun buat appoinment balik dengan Hospital kemaman plk utk echo. So yg ni terus dapat date n ami pun pegi la dengan Bangtah.

Dah sampai tu terus masuk bilik n terus dapat buat echo. Tak tunggu lama pun sbb xde org. Dah lepas cek semua HO yg cek tu ckp ami ada jantung berlubang. Masa tu rasa gelap sekejap mata sbb tak percaya.

Tanya HO sekali lagi betul ke. Sejak bila saya ada jantung berlubang ni? Macam-macam persoalan dah timbul sebab takkan la masa anak pertama tak boleh nak detect kan. macam pelik la pulak. HO kata takpe jangan fikir sangat. Nanti sebulan selepas beranak kene buat Echo balik. OK. Masa ni ami dah sedikit redho. 😭

Bila dah ada rekod ada penyakit jantung berlubang dalam buku pink, hah masa tu apa lagi. Lunyai buku pink tu jadinya sebab terlampau dititik berat kan my kes oleh nurse-nurse yang baik hati di KK itu.

Sampai selsema batuk pun kene tahan wad sbb jadi lelah and kene monitor kaw2 waktu mengandung ni. Hahaha. Sabar je la wana oi! Demi anak dalam perut ku turutkan jua (sbb mmg susah nak bernafas pun time tu, tak cukup oksigen)

*cukup bulan nak beranak masa tu*

Memang takde rasa sakit nak beranak lagi, tapi masa cek kat KD tu cek2 perut kedudukan baby mcm pelik. Nurse kata mcm twin je ni sbb rasa kepala ada belah kanan perut.

Hmm.

Dah tak sedap rasa hati ini.

Pegi klinik Ulul Albab malam tu, Doc cek dia kata takde apalah normal je. Kepala baby dah kat bawah dah ni.

Esoknya, rasa ada sakit contraction tu, tapi mari jarang2. Terus pi ke Hospital Dungun sbb nurse ckp kalau kes awak ni sakit je terus ke hospital sbb takut jadi apa2 dekat awak. Nanti awak akan terus ke HSNZ naik ambulans.

Hah?

Naik ambulans?? Biar betul.

Bila dah sampai Hospital Dungun tu kene admit semalam pasal kene monitor. Esoknya terus ke HSNZ naik ambulans sungguh. 😅

Padahal takde la emergency nya ka situh. Tapi turutkan aje lah.

Naik ambulans tu pulak taknak rasa ko naik roller coaster pulakkan. Daripada tak rasa nak beranak sampai hospital rasa nak terberanak pulak. (hehe takdelah). Dalam ambulans, nurse mmg kene cek jantung baby kat perut guna alat tu (mmg procedure). Tapi nak cari bunyi jantung tu mak aih, seksa jiwa raga sbb mmg haru kalau baring sbb goyang dalam ambulans tu mmg tak hengatttt. Sampai sakit badan2.

Bila doc dah cek condition ami masa tu, mmg kene tahan ward lah kiranya sebab nak monitor baby dalam perut. Rupanya kedudukan baby tu 'unstable lie'. Maksud 'unstable lie position' tu adalah kedudukan baby dalam perut kita ni sentiasa berubah-ubah. tak duduk tetap. sbb tu nurse KD rasa sekejap kepala kat bawah, sekejap kepala naik ke atas belah kanan.

Dah bila position baby mcm ni n ada rekod jantung berlubang pulak tu kau rasaaa tak kene tahan wad lagi mcm ni?? Hahaha. Memang la kene. Nak dekat seminggu kene tahan. Boring takyah cakap lah. Tapi hati mesti kene mau redho. Semuanya dah ketentuan Tuhan nak tengok kita boleh hadapi tak ujian ni.

OK panjang sangat ni, nanti boring korang baca pulak. Nanti sambung episod kedua.

Stay tuned!

Babai! 💋

Ami anak dua. ✌

1 comment: