Sunday, September 30, 2018

LANGKAWI TRIP 2018

Trip yang paling best untuk tahun 2018!

He he he. Ingat sebenarnya plan nak pegi sendiri with Bangtah, Umar n Uthman je. Tapi kebetulan pulak 'kakak' Uthman and adik beradik dia nak pegi Langkawi jugak. so Ami join trip dengan dieorg sekali.

So pengalaman fisrt Umar & Uthman ke Langkawi:-

Dari Dungun kami naik bas ekspress Adik Beradik pukul 11 malam. Seat serius best, besar dan sangat selesa! Bas gerak je Uthman terus tidur sampai Putrajaya.

Tiket bas dari Dungun ke Putrajaya harganya rm43.00 (dewasa), rm. so kalau korang dari Terengganu nak ke KLIA2 better turun Putrajaya sebab harga ERL akan lagi jimat dari korang turun ke TBS. kejap lagi kita buat comparisson harga ERL okay!





Okay bila dah sampai Putrajaya pada pukul 5.25 pagi. Kami terus beli tiket ERL untuk ke KLIA2. 

Tiket ERL:

1) TBS-KLIA2= rm38.40 (dewasa), rm17.30 (kanak-kanak) (masa perjalanan agak lama sebab dari TBS-Putrajaya_KLIA2)
2) Putrajaya-KLIA2=rm9.40 (dewasa), rm4.20 (kanak-kanak) (direct)

So, mana lagi jimat duit dan jimat masa? Pilihan di tangan anda :)








Dah sampai di KLIA2 pukul 6 pagi kami menunggu penerbangan kami ke Langkawi pukul 8.40 pagi. so sempat la nak solat subuh dan makan pagi dulu di airport. Tapi paling drama sekali bila Mak Buyong Siti dia pi dengar Last Call untuk flight kami, dari tengah mkn KFC sedap-sedap time tu terus berlari nak pi kat boarding area. Dengan mak buyong sekali berlari. Umar dalam stroller masa tu (nasib baik!) yang geng laki tali pinggang pun pakai time tgh berlari tu.




Bila sampai dekat boarding area, fuhhhh! Masih belum buka yaaaa! Pehhh. penat semua orang lari. Hahahaha. Rupanya Mak Buyong Siti dengan last call untuk Check In Luggage daaaaa! Semua tepuk dahi sebab penat lari tak pijak tanah masa tu. Adoiiiii laaa! 


HARI PERTAMA

Ok dah habis bab airport. Kami dah sampai di Langkawi!!! Memandangkan Chalet Wana amik check in pukul 12pm n Homestay Siti and Family check in pukul 3pm. So kami decide untuk buat aktiviti terus. 

Plan asal first aktiviti adalah naik Cable Car dulu, tapi memandangkan hari tu mendung dan hujan rintik-rintik, so kami menuju ke Pantai Cenang dulu. Sebab cable Car memang tak beroperawsi kalau hujan, so takut nanti ke sana akan waste time. Masuk ke Underwater World dulu bawak budak-budak ni tengok ikan terlebih dahulu. Fee ke Underwater World untuk dewasa Rm36 (with MyKad), kids Rm 26 (with MyKad).














Dah penat tour Underwater World Langkawi, masa tu dah pukul 12pm, so Siti & the geng hantar kami n family ke chalet yang wana booking iaitu Malibest Resort Langkawi. Wana booking bilik Family Room melalui Agoda, Rm 220 semalam. Ada 2 katil queen. Resort dia not bad, selesa dan yang penting dekat dengan pantai. jalan kaki 1 minit je dah sampai. He he he. Sebab berhadapan je dengan pantai. 






Kami rehat dan tidur dulu restkan badan sebelum sambung aktiviti petang. Bagi Umar & Uthman caj batteri masing-masing dulu baru best nak berjalan. 

Petang tu dalam pukul 4 petang kami menuju ke SkyCab n 3D Art Muzium!

Kebetulan masa kami datang tu ada Pakej SkyCab+ 3D Art Muzium + SkyDome = RM35 (dewasa), RM20 (kids). So, terus grab pakej ni. Jimat. Kalau tak harga pakej biasa RM45 (dewasa), RM32 (kids).

Siapa yang gayat macam wana ni, fikir dua kali la nak naik atas tu. Wana naik tu pun sebab nak temankan suami dan anak-anak je. Kalau takkkk. Memang takkk la nak naik for the 2nd time after this. 😂



Done beraktiviti di Geopark. Kemuadian kami menuju ke tempat penginapan masing-masing untuk bersiap mandi dan solat untuk sambung dinner malam tu.

Malam kami dinner di Uncle Jai Cafe. Pada awalnya kami menuju ke Pekan Kuah sebab Cafe Uncle Jai terletak di Jln Pandak Mayah 7, Kuah. Tapi sebenarnya Uncle Jai Cafe dah berpindah  ke lokasi baru bersebelahan hotel Grand Continental Kelibang pada hujung bulan Ogos baru ni.

Makanan di Cafe ni memang semua best! Wana makan nasi goreng ketam lembut. Puas hati makan walaupun agak pricely. 

Dah setel dinner, kami jalan-jalan di sepanjang Pantai cenang. Shoplot dan area tepi pantai. Memang meriah di sepanjang pantai dengan pelancong asing. Ada juga 'Abang Api' buat show di belakang resort/chalet. Dan cafe pun ada yang cantik-cantik cuma dipenuhi dengan pelancong asing yang tengah berhibur. 😂


HARI KEDUA

Pagi yang kami tunggu-tunggu. ISLAND HOPPING! Kami amik pakej bersekali dengan guesthouse so jd murah sikit la. Rm37.60 seorang. Kalu single pakej dalam rm50 seorang. Tu pun bot berkongsi dengan orang lain. Yang ni kami semua dalam 1 boat.

Dalam pakej ni dia akan bawa kita ke:-

1) Tasik Dayang Bunting (mandi manda)

2) Eagle Feeding (bagi helang makan)

3) Pulau Beras Basah (mandi manda)

Aktiviti island hopping kami bermula dari pukul 9.30 pagi - 1.00 petang. Dalam pakej ni memang takde makan tengahari ya. Lepas selesai semuanya baru kami balik ke penginapan masing-masing mandi dan solat baru dapat keluar makan tengah hari sebab tak selesa nak makan dengan pakaian basah. Heee.



Lepas dari makan tengah hari, baru kami dapat menuju ke Pekan Kuah untuk SHOPPING!! Actually shopping ni bukanlah tujuan utama kami datang ke Langkawi ni. Tapi memandangkan dah alang-alang dekat sini biar la dapat hasilnya jugakkan. Ha ha ha. So kami beli la beberapa cokelat untuk diri sendiri dan buah tangan kepada rakan-rakan sekerja. (ingat jugak oi!)

Dah selesai shopping di HIG Mall dan Idaman Suri. Kami pegi 2 tempat ni sahaja sudah memadai. Ecehh. Kami menuju ke Pantai Cenang untuk mandi pantai dan bermain Jet Ski! Kalau ada duit lebihan boleh la nak sewa jet ski dan main banana boat tu sebab sewa jet ski untuk setengah jam dah rm150 oi! Banana boat pulak kalau 5 orang ke bawah rm80, dan 8 orang rm50.

Memandangkan kami sampai di Pantai Cenang dah lewat dalam pukul 6.45 petang. So, dapat la main Jet Ski sekejap tak sampai setengah jam. Gilir-gilir la mainnya takpelah asal dapat rasa main semua. Ha ha ha. Nampak semua excited nak merasa bawak jet ski tu!


Malamnya kami semua dinner dekat Restoran Nelayan Langkawi. Makan ikan Bakar weyyy. Bila tengok ada ikan bawal emas terus bulat mata nak mengorder! Ikan Bawal Emas memang paling best! panggang bodo je cicah dengan air asam or kicap pedas. Korang kalau tak tau nak dinner kat mana bila pi Langkawi boleh try Restoran Nelayan makan atas kapal ni.






HARI KETIGA


Hari last dahhh. Petang ni nak balik ke KL dah. So pagi ni kita breakfast Nasi Dagang Pak Malau dulu ye. Ingatkan masih di tempat lama di area sawah padi. Tapi dah berpindah dah kat area Dataran Helang sebab tuan tanah lama nak guna balik tanah tu.

So pi makan la kita tempat pun not bad boleh tahan tenang jugak. Sambil makan sambil view arca Burung Helang kat depan mata.






Okay. Serba sedikit perjalanan kami sekeluarga bersama kawan-kawan yang sporting! Pi sana ami berbekalkan vitamin Shaklee supaya bagi energy yang cukup untuk berjalan dan menyusu Uthman Affan! Yeahhh. Perjalanan ibu menyusu memang sangat awesome! Sebab bila travel tak payah nak bawak bag susu, botol air panas, botol susu ke mana-mana! Ai is like!



Nak beli Vitamin Shaklee roger ai terus okay!
Wana Sulaiman
019-9939110
Pengedar Shaklee Dungun (COD) 
dan Satu Malaysia!


0 comments:

Post a Comment