Wednesday, July 10, 2019

Percutian ke Bandung 4 hari 3 malam

Kali ni wana nak share pengalaman best masa pergi ke Bandung baru-baru dalam akhir tahun 2018 lah. Walaupun pergi kali ni ramai sebab lawatan melalui Kelab Sukan dan Kebajikan MPD and me as person yang in charge pasal lawatan kali ni.

Agak takut la jugak sebab me kena beli tiket sendiri for 46 person. Kali ni Kelab tak guna travel agent sbb wana dah pernah pergi 3 kali ke bandung atas urusan bisnes sebelum ni. So i think rasa boleh kot kalau urus sendiri kat Malaysia and sampai sana amik Ground je from supir sana. Wana kenal la abg iwan ni, sepupu biras kepada kwn baik wana sendiri.

Ok, so, wana dah setel beli tiket Air Asia for 46 person. Me n my team 5 orang lelaki termasuk my husband ada dalam team as person in charge untuk lead team dari MPD ke Bandung.



Ni ha geng masuk air. Yang tengah tu Pengerusi Kelab ktorg lah. Nasib baik sporting.

Ok ini itinerary kami di Bandung selama 4 hari 3 malam.


Itinerary ni aku buat sendiri mengikut tempat yang dituju tu dalam area yang berdekatan. Bukan la 1 hari tu kau akan pegi ke Utara lepas tu patah balik ke Selatan. Penat wey cenggitu. So, sebelum kau nak pi jalan-jalan tu, kau dah kene bukak google map siap-siap, n tandakan kawasan mana yg menarik kau patut pegi. baru susun dalam jadual. Haaaa. 

Aku memang suka arrange sendiri percutian aku, so thats why yang grouping ni pun aku buat sendiri la dari pakai agent mahal-mahal. Cuma dekat Bandung je aku amik pak supir untuk bawakkan kita orang. Kenderaan total 3 biji van dan 1 avanza. Hehehe. Banyakkan?

Ok, diharap nanti korang bolehlah arrangekan sendiri percutian korang ke Bandung. Beli tiket flight, tempah hotel sendiri kat Agoda/Booking.com/Traveloka/Trivago. Semua tu memudahkan urusan korang.

Jumpa lagi Bandung bulan September nanti! Kali ni aku bawak anak-anak aku dan Teacher Umar & familly pulak. Yihaaa!
Continue Reading