Tuesday, October 1, 2019

Disebabkan dah janji dgn kwn2 yang nak itinerary pi Jakarta-Bandung baru-baru ni. Ni ha serba ringkas yg aku dapat share.

6 SEPTEMBER 2019 (JUMAAT)
(Guna waktu Indonesia sejam lebih awal dari Malaysia)

8.05 pagi - Touch down Jakarta. Amik teksi Blue Bird untuk ke Train Station Gambir. Depends la korang nak guna teksi ke Gojek Apps. Grab pun boleh. Tp dekat Indonesia aku lebih prefer Gojek Apps sbb dia ade no hp Indonesia korang, apa2 dia terus call. Kalau nak guna Gojek Apps boleh install awal2 and sampai airport tukar sim card terus. Mcm aku tak tukar sim card lagi tu yg guna teksi dulu. Tp make sure amik teksi Blue Bird tau. Anggaran RP165,000.00 (RM50), mahal sikit dari Gojek Apps.



9.30 pagi - Sampai Station Gambir. Aku beli tiket train siap2 kat Malaysia guna Traveloka. Korang kene budget2 masa. Kalau flight touch down 8.05am jgn beli tiket 8.45am ya. Kang tak pasal burn tiket. Jakarta jammed so prepare timing yang selamat. So thats why aku amik tiket pukul 10.30am. Sama je harga dia ya. Tiket ekonomi Rp 110,000 (RM33). Tiket executive Rp 150,000 (RM45) seorang. Ikut la nak beli mana satu ikut budget korang. So nanti sampai station aku terus tukar ke boarding pass pakai machine. Scan barcode. Tak susah pun. Nak suruh staff dia buatkan pun boleh. Kalau korang travel dgn anak2 make sure packing bag tu sesuai utk korang naik train. Nanti mana nak kejar anak lagi mana nak bawak luggage lagi stroller lagi. Aku mmg dah ready dari awal. Bangtah bawak luggage. Aku backpack n tolak stroller Uthman. Umar dah boleh jalan sendiri n galas bagpack kecik. Dekat sini aku dah start tukar sim card utk install Gojek Apps.



10.30pagi - Gerak ke Kota Bandung.

2.00 petang - Sampai di Station Bandung. Aku guna Gojek Apps amik GoCar. Sekejap je driver sampai. Kat station ni memang penuh dengan manusia dan kereta. So kena hati-hati. Gojek tunggu kitaorg di tepi jalan luar station sbb pack nak masuk dalam. Gerak ke hotel kami.

2.20 petang - Tiba di hotel De Braga by Artotel. Hotel ni pun aku booking n bayar terus pakai Traveloka. Jimat RM53 sebab aku guna coupon promosi dlm apps tu. Nnt aku share lain pasal hotel.





4.30 petang - Lepas rehat mandi n solat semu, seharian tak mandi 😆, barulah kiteorg rasa lapar. Terus siap2 amik Gojek n pekena Kambing Bakar Cairo di Cihampelas Street. Kalau bukan peminat kambing boleh pilih ayam kat situ. Terbaik wehh. Sambal kicap dia lain machiammm. Makan dengan nasi panas2. Walawehhh!



5.30 petang - malam Free n easy lah kiteorg ni round2 pusing factory outlet. Kami pi Blossom Factory Outlet ni. Compare price esok nya kat tempat lain mcm Heritage, kat Blossom ni lagi murah. Nasib ade beli jugak. Rumah Mode pun mahal. Aku tak tau nape ramai beli kat Rumah Mode, maybe tempat dia besar and cantik kot. Aku lagi prefer Factory Outlet yg tak famous sangat sbb murah. So korang pandai2 la survey ya!

7 SEPTEMBER 2019 (SABTU)

8.00 pagi - Supir tunggu dah kat lobby. Sebelum tu kene isi perut dulu sebelum berjalan. Supir ni nama dia Yudi. Wana contact Abg Iwan dulu (yg sebelum ni Wana guna Khidmat Abg Iwan). Tapi disebabkan supir Abg Iwan semua penuh, dia yg suggest guna Yudi ni. Tapi Yudi pun buat sendiri jugak khidmat transportation kat sana. He is so baik! Ok. Gerak pi Dusun Bambu. Our first sight seeing place.

8.45 pagi - Sampai di Dusun Bambu. Masuk dalam kene bayar. Dalam RP15,000 (RM4.50) seorang. Tp biasalah kalau di Indonesia fi masuk murah, di dalamnya kene bayar lagi kalau nak buat aktiviti or bergambar di spot2 tertentu. So prepare aja duitnya ya! Tp tak mahal pun. Kalau nak amik gambar tempat cantik2 takyah bayar pun ada. Dalam ni besar, wana bawak budak2 ni masuk Kg. Ulin sebab kat situ ada aktiviti utk kids n adults. Masuk Kg. Ulin dalam RP100,000 (RM30) seorg. Kad RP10,000 (RM3). Kad ni untuk main game. Nanti staff akan scan. Tp Uthman dia tak kira. So ktorg bertiga shj yg dikira. Serius tak menyesal masuk Kg. Ulin ni sebab mcm2 aktiviti boleh buat. Contohnya mcm dalam gambar. Oh btw, kad tu nnt boleh simpan. So anytime dtg lagi tak perlu beli kad baru. Just byr tiket masuk je terus. Main sampai puas. 3 jam ktorg duduk dalam Dusun Bambu ni.

12.00tgh hari - Kami keluar dari Dusun Bambu cari tempat makan. Yudi suggest di SapuLidi Cafe. Along the way kami nak ke Floating Market. Ini kelebihannya tak amik full pakej bila ada anak2. Sbb supir akan ikut masa kita. Tak terkejar dgn masa. Makan di sini best. Suasana dia sawah padi n sungai. Tp kalau nak cop tempat makan di area sawah kene booking awal lah. At least, 1 jam sebelum. Kami dapat tempat mengadap sungai. Okay lah dapat jugak budak2 ni bagi makan dkt ikan. Senang keje. 😆

2.45 petang - Kami sampai di Floating Market Lembang. Haaa. Tempat ni pun besar, unik and cantikkkkk sangat. Banyak sgt tempat menarik dalam tu. Untuk korang yang suka food hunting boleh datang sini. Makanan dia semua sedap2. Siap disediakan meja kerusi utk rest n makan mengadap boat2 yang jual makanan. Ktorg dah kenyang so beli yang ringan2 je sbb nak try. Sampai sekarang teringat roti cheese dia. Sedappp! Aktiviti pun banyak utk kids. Sampai ktorg tak sempat nak cuba satu2. Surau pun ada kat dlm ni boleh solat gilir2 ngan bangtah n selesa menunggu. Air amik wuduk pun sejuk mcm ais. Cuaca pun sejuk tak berpeluh2. Sama mcm dekat Dusun Bambu tadi. Dalam ni ada Kota Mini. Kami tak sempat nak masuk sebab dah lewat. 2 jam kitaorg pusing2 main2 dalam ni.

5.00 petang - Gerak turun ke town. Pegi factory outlet dulu. Beli mana patut sikit2. Tak sah kalau datang Bandung tak pi Factory Outlet kan. Kali ni kami pegi Merdeka Plaza.

8.30 malam - Perut pun dah lapar. Ingat nak pi makan kat Stone Cafe. Dapat tgk view cantik n cafe yg unik. Tapi disebabkan jalan macet, kami pergi mana yang nampak depan mata je lah. Kami pi Alas Daun. Ramai orang! Sanggup beratur nak makan sini. Food sedap yang penting dapat tgk suasana org Bandung makan tempat viral2 ni kan. 😄 Lepas makan baru rasa penat, terus balik hotel. Mula-mula ingat nak amik sehari je dgn Yudi. Tapi memandangkan masih ade beberapa tempat yangvkami belum pergi, so kiteorg decide utk amik sehari lagi esoknya. Kami dapat caj transportion with supir RP450,000 (RM135) sehari. Guna servis dia dari pagi sampai dia tunggu kita penat. 😆 Memang penat betul oi! Ikutt je bagitau je dia mana kita nak pergi n dia akan tunggu.

8 SEPTEMBER 2019 (AHAD)

10.00 pagi - Yudi dah tunggu di lobi hotel untuk gerak ke Dago Dreampark. Saje decide utk gerak lewat pagi ni sebab nak sampai lewat petang di Orchid Forest and Lereng Anteng.

12.00tgh hari - Sampai di Dago Dreampark. Kat sini ada beberapa photo spot mcm dekat The Lodge Maribaya (dah pegi last trip). Tp photo spot dia mcm jauh sikit dari parking. Ktorg turun bawah untuk cari apa yg menarik, tapi tidak seperti yg dijangkakan. Di sini biasa saja. Takde apa yg boleh menarik minat kami. So Wana tak suggest tempat ni utk letak dalam itinerary korang. Korang boleh explore The Lodge Maribaya lagi cantik n friendly padestrian. Kat Dago Dreampark ni tak friendly padestrian. Kalau nak naik bas dia kene beli tiket pulak. Nak beli bukan main jauh nak kene jalan kaki. 🤦🏻‍♀️

1.30petang - Kiteorg decide untuk keluar awal dari Dago Dreampark. Yudi kata awal lagi nak ke Orchid Forest. So dia ajak rehat di Kopi Luwak Cikole. Lepak2 sambil dengar history n cara pembuatan dia. Sambil minum kopi sambil makan goreng pisang dgn cuaca sejuk nyaman. Fuhhh. Solat dulu sini sebelum gerak. Selesa sbb tak ramai orang.

4.00 petang - Sampai di Orchid Forest. Pertama kali sampai sini and pehhhhh! Memang pandai betul orang Bandung ni buat duit. Dalam hutan pun boleh dijadikan tempat menarik utk pelancong datang. Mmg cantik! Nak datang sini kalau nak lampu bukak kene masuk 4.30ptg. Kami sempat la. Tp tiket tutup 5.30ptg tau. Siapa yang dah kat dalam takpe keluar malam. Tiket masuk dalam ni dalam RP30,000 (RM9) seorang. Untuk bg rabbit mkn n kids park kene bayar lain. Lama kiteorg kat dalam ni. Sampai pukul 7.30 baru keluar. Keseronokan bergambar sampai takleh bincang. 😆

7.30 petang - Kami bergerak ke Lereng Anteng. Bukan tempat rekreasi kat sini. Kat sini adalah restoran/cafe. Bukan 1 je. Tapi ada beberapa. Semua cantik2 n tempat makan dia semua ada view. Kalau nak masuk minum/makan boleh. Tapi kalau nak masuk saje2 untuk ambik gambar bayar dalam rp15,000(RM4.50) seorang.

8.30 malam - Dah pulang ke bandar Bandung balik sebab udah lewat dan laporrr dan nak shoppingggg. Yang penting dapat shopping kain pasang dekat D'fashion Textile. Tempat selesa, cantik n yg penting murah! Takyah bersesak2 kat Pasar Baru tu uolls!

9 SEPTEMBER 2019 (ISNIN)

7.30 pagi - Yudi dah tunggu kat bawah dah. Nak gerak pi Jakarta. Siap tunggu ktorg breakfast jap sebelum tu.

11.00 pagi - Sebelum sampai Jakarta, kami decide nak masuk Taman Safari Bogor, Indonesia. Nak merasa bagi makanan ke binatang sambil duk dalam kereta macam mana. 😊 Fee masuk sebagaimana dalam gambar ya. Boleh convert sendiri nanti. Yang penting kalau rezeki korang, supir boleh dptkan harga domestic utk korang. Kami dapat. Yeay! Thanks Yudi! Eh kalau korang dtg dengan supir bayarkan utk dieorg sekali tau. Jangan suruh dia bayar sendiri pulak. Sian dia. Tak menyesal masuk dalam ni. Dapat bagi binatang makan, boleh tengok show, boleh main banyak games. Semua takyah bayar dah. Bayar masa sekali masuk tu je. Serius happy n penattt masuk dalam ni. Happy betul budak2. Itulah tujuan dia. 😆

5.30 petang - Baru gerak pi Jakarta. Haaa. Lama tak kami duk dalam tu. Hahaha. Penat takleh bincang mak pak ni ha!

7.55 petang - Baru sampai Hotel Artotel dengan selamat. Thanks Yudi layankan kami sampai penat! Hotel ni 2nd time aku datang sini tapi dgn Bangtah n budak2 ni tak pernah. Memang takkan puas duk sini. Hotel siap bg kami complimentary! Dapat upgrade dari bilik Studio 25 ke Studio 40 for harga yg sama mcm booking. Takyah tambah apa2. Alhamdulillah dapat bilik besar. Yeay tq Artotel!

10 SEPTEMBER 2019 (Isnin)

8.30 pagi - Disebabkan tiket balik kami pukul 2.50ptg so sempat la breakfast. Rugi tau tak breakfast kat hotel ni sebab tempat makan dia mmg cantik n unik! Boleh tengok doodle2 n architectural installation exhibition pulak masa tu. Tak rugi oi datang hotel ni. So ktorg amik2 memori bergambar dulu then baru gerak ke airport. Dekat je tapi bimbang macet.

10. 00 pagi - Gerak pi airport. Ingatkan berjam2 macet. Tapi sejam je. So sampai awal plk. Boleh la lepak2 relax2 sebelum boarding.

2.50 ptg - Gerak balik KLIA2 dah!

*********
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment